Berdiri aku tanpa bicara,
Mengharap teman mengubat duka,
Disangka aku teman selamanya,
Rupanya ku tertipu antara kaca dan permata.
Sahabat sejati aku sangkai,
Dijaga,disayangi, sepenuh hati,
Saat terluka aku rawati,
Saat berduka aku temani,
Datang matahari kami berkongsi,
Indahnya rasa sewaktu berkongsi,
Segala impian cuba dicapai,
Bersama-sama,itu janji kami.
Namun apakan daya bukan rezeki,
Persahabatan terputus sampai disini,
Perlukah kejadian ini ditangisi?
Sahabat sejati berpaling diri.
Disangka lama aku bersendiri,
Sendirian dalam kesunyian malam,
Tibanya teman baru penghibur hati,
Tanda besarnya kasih sayang Tuhan.
...............................................
Inspirasi untuk menulisnya datang waktu pagi tadi. Saya tertanya-tanya,apakah perlu kita mengasahi seseorang itu sedalam-dalamnya dan perlukah kita membenci seseorang itu sebenci-bencinya?
Suratan takdir tidak kita ketahui. Boleh jadi insan yang disayangi menjadi insan yang menyakiti kita dan orang yang dibenci menghulurkan tangan membantu kita.Pelik. Keliru. I'm speechless . Kekadang rasa seperti benda tu berlaku pada diri saya dan pada masa yang lain,rasa benda itu bukanlah satu isu. Tetapi apa-apa pun, kasih daripada manusia bukanlah sesuatu yang perlu kita tagihkan. Ada kasih yang lebih bernilai dan takkan berpaling daripada kita di dunia ini iaitu KASIH DARIPADA ALLAH SWT. Tetapi tetap kena ingat tau, ikatan silatulrahim antara umat islam tetap perlu dieratkan. Okey?Hhehe. Apa saya taip ni? Ish,,apa-apa jealah. ZZZZZZ...Okeylah. Jumpa lagi di kemudian hari. Wassalam.
No comments:
Post a Comment