Alhamdullilah,,Pagi tadi,selesai juga program bagi pelajar2 SMK Dato' Razali Ismail.
Seronoknya rasa bila dapat meluangkan masa yang ada dengan beribadah .
Apatah lagi apabila dilakukan bersama-sama sahabat dan guru .
Qiamullail kali ini merupakan yang PERTAMA kali diadakan di sekolah saya.
Siapa sangka Allah benarkan saya untuk merasai dan menikmati saat yang penuh keinsafan itu.
Bersyukur sangat sebab Allah beri saya kesihatan dan keadaan yang membenarkan saya untuk beramal pada-Nya.
Sebelum ni, bila ada kem seperti Kem Pengawas atau Perkhemahan Tahunan,
Pasti akan berlaku sesuatu yang menyebabkan saya tidak dapat turut serta atau bergerak dengan bebas.
Paling memusykilkan saya, timing dia selalu tepat,cepat and melipat gandakan masalah saya.
Huhu..
Tetapi kali ini,
Saya dapat juga hadir tanpa apa2 halangan yang tidak membenarkan saya untuk sama beribadah.
Kawan2 yang lain ramai juga yang tak datang.
Kesian mereka, mereka nak turut serta tapi tidak boleh .
Al-maklumlah,,cuti sekolah sudah bermula.
Parent pun dah plan nak pergi mana,
Jadi tak dapatlah mereka nak turut serta.
Apa2 pun,
Saya harap dapat teruskan amalan2 nie.
Sebelum nie pun ada amalkan.
Terima kasih kepada seorang insan yang tidak pernah lupa untuk mengejutkan saya daripada tidur yang lena.
Sanggup hantar mesej yang sama tiap2 hari semata2 nak ajak saya ber'dating' dengan Allah swt.
TERIMA KASIH KAK NAIMIE!!!!
Ini some of the pic yang saya kidnap dari cikgu saya. Maaf cikgu..Nak pinjam..hehe..Kiddin laa
***************************************************************************
Sujud dengan penuh rasa rendah diri..Masa nie ada dalam Dewan Ibnu Sina.. |
Solat Maghrib and Isyak di dataran SMKDRI. Sejuk malam tu tapi lantai dia panas skit..Macam sauna.. Best!! |
Pandangan dari tingkat 3 blog A. Semuanya berwarna putih... |
Khusyuk mendengar kata bicara daripada imam. |
Wajah2 yang on the way nak tidur.. Masa nie tengah zikir munajat..sebelum solat sunat Witir.. |
Tengok..Ramai yang dah pasang penyokong dekat pipi and dahi..Me??still segar lagi masa nie.. Alhamdullilah. Dapat jugak ikut imam berzikir munajat tanpa rasa mengantuk.. |
Hero2 dari tingkatan 3. Semangat nak Qiamulail malam nanti. JOM QIAMULAIL!! > Itu sahaja daripada saya..Harap nanti dapat pergi lagi Qiamulail Perdana macam nie,,,^v^ |
wah..best..apapun..amalkan andai mampu ya! banyak fadhilatnya qiyamullail nih....
ReplyDelete